Powered By Blogger

KES BULI DI ASRAMA

1.Kebiasaan sudah menjadi lumrah hidup di asrama tentang masalah buli.Buli akan terjadi pada bila-bila masa kerana perangai atau sikap ego yang ada pada pelajar senior asrama.Senior ialah pelajar atas dan mereka dianggap sebagai pelajar lama di asrama.Meraka akan menyuruh budak bawahan untuk membuat kerja yang disuruh seperti basuh baju,seterika baju,cuci tandas dan lain-lain lagi.Selain daripada itu,senior ini tidak akan berpuas hati sebab,seperti yang dikata,mereka mempunyai ego yang cukup tinggi.Mereka akan memukul budak bawahan iaitu junior sekiranya pelajar junior itu memberi tidak balas yang membuatkan senior berasa tidak berpuas hati.Sesetengah pelajar junior ini akan ikut kata-kata senior dan ada juga pelajar junior yang tidak mahu mengikut perintah yang diarahkan oleh senior.Dan disini ada satu cerita yang mahu dikongsikan tentang kes buli di asrama.

06/05/2008(11.30p.m)di asrama

Ada seorang pelajar asrama iaitu junior,budak form 3,Dia ini seorang budak yang dikatakan budak yang paling dajal dalam form 3.So pada malam itu,dia ini disuruh oleh budak senior form 5 untuk membasuh pakaian dalam budak-budak form5 tapi budak itu menjawab ;‘arrhh,,….malas!!!!!aku ad banyak keje nak buat.,,,ko ada tangan pegi lah basuh sendiri’;..,,langsung budak itu tidak membuat kerja yang disuruh.Pada pukul 11.30p.m budak itu dipanggil oleh senior form 5.Budak tersebut pergi berjumpa dengan senior yang memanggil dia dengan perasaan yang kurang takut.Apabila budak tersebut sampai ke dorm senior kelihatan budak senior berkumpul dalam bentuk bulatan dan ada yang memegang besi almari,tali pinggang,kasut bola dan lain-lain lagi.Budak itu kelihatan cemas setelah melihat situasi tersebut.Seorang pelajar senior yang berbadan besar datang menghampirinya dan mengcekik budak tersebut lalu berkata kepada budak itu ;’apa masalah ko??ko dah cukup besar at asrama ni ke ‘bodoh’.Aku cukup pantang arhh kalau ada budak junior perangai dia cam ‘sial’….Ko memang cari maut dengan aku,,,,..Ko tunggu nasib ko lepas ni..!!!!memang ko akan ingat aku sampai bila-bila!!!!,,Budak itu kelihatan lemah dan takut setelah pelajar senior tersebut berkata begitu kepadanya.Tanpa dilengah-lengahkan masa,,budak itu ditumbuk oleh pelajar senior,ditapak dengan kasut bola dimuka,,,yang menyakitkan lagi budak itu diselubungkan dengan selimut dan dipukul beramai-ramai dalam keadaan lampu ditutup.Budak itu dipukul sehingga budak itu tidak bersuara,,,..Selepas dipukul,,budak itu tidak boleh bangun dan dia kelihatan seperti koma tidak boleh bercakap.Badannya merah-merahseperti bengkak dan mukanya berdarah.Pelajar senior tersebut menggangkat budak tersebut untuk membasuh darah dimuka dan selepas itu budak itu ditidurkan dikatil dan diselubung dengan selimut.Keesokan harinya pelajar junior tersebut dikejutkan subuh oleh warden tapi pelajar tersebut kelihatan tidak boleh berkata apa-apa.Dengan segeranya warden membawa pelajar tersebut ke hospital.Nasib baik pelajar itu sempat diselamatkan dan berada di ICU dalam keadaan yang kurang stabil.Pelajar senior yang terbabit dengan kes tersebut dikenakan tindakan dibuang dari asrama.Begitulah ceritanya.Memang dahsyat ceritanya agak menakutkan,sehingga begitu kejadiannya yang berlaku diasrama.Tapi itu semua adalah rintangan untuk kita.Jangan jadikan alasan takut untuk masuk ke asrama sebab ada kes buli.Serahkan kepada Allah.Kerana dialah maha berkuasa dan mengetahui.Dan apa gunanya warden yang ditugaskan menjaga kita.Beritahu mereka jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikan,insya’allah warden itu akan bantu.Tapi,kalau kita dah jadi senior,jangan kita membuat seperti itu kepada budak junior,,takut-takut ia akan terjadi kepada adik-adik kita yang mungkin masuk ke asrama.Fikir-fikirkan lah sebelum membuat sesuatu.Jadi itu sahaja cerita yang dapat dikongsi.Lain masa,kalau ada cerita lagi,saya akan menulisnya didalam blog ini.

Friday, May 13, 2011

Tension betol lah,,,erm banyak masalah yang datang.pas satu dah selesai datang age masalah baru..bengang betul lah..erm dah lah exam merapu-rapu jawab ye pastu cam pulak dapat berita yang kurang senang,,aahh..aku tak taw nak buat aper..sakit hati ada,bengang ad,menyampah ad,,,senang citer sume adalah.........memang tak best giler lah law ad masalah ini.....

Friday, March 11, 2011

Tip shopping





Jadi Fashionista Yang Bijak

1.Tidak kira apa sahaja yang anda beli,cuba padankannya dengan apa sahaja yang ada di dalam almari anda.Sebagai contoh.anda sangat meminati sehelai seluar merah yang anda rasa paling cantik atau bergaya pernah anda lihat.Sebelum membelinya.cuba fikir sama ada anda memiliki baju yang sesuai untuk dipadankan dengan seluar tersebut.Jika puas berfikir dan anda tidak menemui jawapannya,usah membelinya dahulu.Besar kemungkinan seluar itu akan tersimpan begitu sahaja di dalam almari tanpa anda tahu bilakah masa yang sesuai untuk mengenakannya.

2.Jangan membeli terlalu banyak barangan dalam warna yang sama.Tidak akan ada orang yang perasan yang anda sebenarnya mempunyai 10 helai t-shirt hitam yang berbeza.Tidak kiralah bagaimana minatnya anda dengan sesuatu warna itu,tak perlulah jika anda mempunyai hampir sedozen baju dengan warna yang sama.Bimbang nanti orang menganggap anda tidak menukar baju dan tidak ada 'taste'pula.

3.Berikan batasan kepada diri dan cuba berpegang kepada perinsip itu.Kalau anda 'fashionista' yang boros,duit 1 juta sekalipun pasti akan habis atau tidak cukup bai anda.Cuba berikan batas kepada diri dan jangan sesekali mengingkarinya.Kalau anda 'GAGAL' anda perlu menghukum diri sendiri.Sebagai contoh,tetapkan belanja untuk membeli belah sebanyak RM300 sahaja dalam masa sebulan.Tidak akan ada peruntukan lain untuk menambah nilai ini.Pandai-pandailah anda untuk berbelanja sebanyak ini.JIka gagal,anda perlu mengurangkan belanja 'shopping' sebanyak RM50 untuk bulan berikutnya dan duit itu perlu disalurkan kepada tempat lain.Apabila ini sudah dijadikan rutin,anda pasti akan merasa lebih bijak berbelanja selepas ini.

4.Sebelum membeli,tanyakan diri terlebih dahulu sama ada betul-betul memerlukannya?Biasanya anda memang tidak perlukannya.Janganlah kerana barangan itu sedang dijual pada harga  diskaun sehingga 70% maka anda harus mendapatkannya walau dalam apa cara sekalipun.Walhal sebelum ini,barangan itu memang tidak pernah anda dambakan sama sekali.

5.Jangan membeli baju atau seluar yang memang anda tidak akan pakai.Misalnya anda ternampak sehelai skirt pendek bercorak kuda belang yang dijual pada harga RM5.Jika anda berkeras untuk membelinya walhal anda memang tidak akan memakainya ,itu sudah dinamakan pembaziran

6.Walaupun berharga murah ' gila ', fikirkanlah sama ada baju , seluar atau aksesori yang hendak anda beli itu sesuai dengan tubuh anda ataupun tidak . Harus diingat , baju yang dipakai oleh kawan sama saiz dengan dengan kita,belum tentu cantik untuk kita pula yang memakainya.Pembawaan seseorang adalah berbeza .Sebelum terus membawanya ke kaunter bayaran,fikir dahulu sama ada anda sesuai mengenakannya atau tidak.Paling tidakpun,cuba dahulu di 'fitting room'.

7.Dalam berfesyen,helah itu sangat penting .Kadangkala ada barangan yang dijual dengan harga yang melambung tinggi tetapi nampak murah.Ada juga barangan yang dijual pada harga yang murah tetapi ia dilihat di eksklusif.Perlu diingatkan ,elakkan daripada membeli barangan yang terlalu murah sehingga jelas kelihatan tidak bermutu.Tidak salah memperuntukkan wang untuk membeli barangan yang berkualiti kerana anda boleh memakainya untuk tempoh yang lama.

8.Kalau anda risau menggunakan terlalu banyak duit,usah membawa duit dalam jumlah yang terlalu banyak sebab berkemungkinan anda akan menggunakannya tanpa kesedaran anda.Bawa yang perlu sahaja.Hendak lebih berkesan ,tinggalkan juga kad bank anda di rumah.Cara ini pasti berkesan lebih-lebih lagi pada fashionista yang memang boros dan tidak tahu mengawal perbelanjaan.

9.Akhir sekali,tengoklah juga kekerapan anda membeli dan apa yang anda beli.Anda perlu ingat bahawa aliran fesyen berlaku sangat pantas.Kenalpasti sama ada barangan yang anda beli itu ‘versatile’ atau tidak.Janganlah baru anda hendak memakai,orang lain sudah menganggapnya sebagai ketinggalan zaman.